Pakatan Harapan Berjanji Menghapuskan GST

Leave a Comment

PRU14 | Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu bentuk cukai yang menekan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Ia merupakan cukai regresif yang terpaksa dibayar walaupun oleh rakyat termiskin, setelah UMNO dan Barisan Nasional gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Ketirisan dan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional kini terpaksa dibayar oleh rakyat melalui GST.

Pakatan      Harapan      akan      menghapuskan      GST dalam     tempoh     100     hari     selepas     membentuk kerajaan Persekutuan. Langkah ini akan serta merta mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

Pakatan Harapan percaya bahawa rakyat berpendapatan rendah perlu dibantu, bukannya ditekan. Penghapusan GST akan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dan membolehkan rakyat berbelanja untuk hal-hal lain demi menampung kehidupan mereka.

Dalam jangka masa pendek, Kerajaan Pakatan Harapan  akan   menghapuskan  GST  yang  zalim  ini dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang lebih adil dan tidak menyusahkan rakyat dan peniaga. -Manifesto HARAPAN

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.