Iltizam Pakatan Harapan Khusus Untuk Wanita

Leave a Comment

PRU14 | Wanita memainkan peranan penting dalam setiap sudut kehidupan kita. Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkasa hak kaum wanita di Malaysia dan mengiktiraf peri pentingnya peranan yang dilaksanakan mereka. Usaha ini akan dijalankan melalui lima iltizam utama seperti berikut:

1. Memastikan sistem ekonomi negara peduli wanita

2.  Memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan sosial wanita

3.   Memastikan sistem pendidikan negara mengiktiraf dan membangunkan wanita

4. Memastikan sistem perundangan melindungi hak dan kehormatan wanita

5.    Mendemokrasikan  sistem  politik  agar  wujud  lebih ramai pemimpin wanita yang tampil ke hadapan.

Iltizam 1: Memastikan sistem ekonomi negara peduli wanita

1. Menjamin melalui sistem perundangan supaya wanita mempunyai hak yang sama untuk mendapat jumlah gaji yang sama bagi pekerjaan yang setara, serta peluang kenaikan pangkat yang telus.

2.    Memperkenalkan sistem belanjawan negara mengikut konsep Belanjawan Mesra Gender (Gender Responsive Budgeting).

3.   Melaksanakan dasar dan program yang akan membawa ke arah mengoptimumkan kapasiti dan kadar guna tenaga wanita.

4.  Mewujudkan skim mikro-kredit yang sistematik untuk meningkatkan akses usahawan wanita kepada pasaran perniagaan yang lebih meluas.

5.   Mewujudkan dasar-dasar dan program-program khusus  untuk  meningkatkan  pemilikan  aset  wanita, kadar pelaburan dan tabungan mereka.

6. Memberi insentif kepada majikan untuk menyediakan kemudahan penjagaan anak sama ada di tempat kerja ataupun berhampiran tempat kerja.

7. Membolehkan industri penjagaan domestik (domestic caregiving industry) berkembang agar wujud penjagaan berkualiti bagi warga emas yang memerlukan bantuan, ibu selepas bersalin, dan keperluan-keperluan lain.

8. Cuti bersalin akan ditetapkan pada 90 hari.

Iltizam 2: Memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan sosial wanita

1.   Merangka program kesedaran dan latihan khas bagi menangani masalah kesihatan mental dan kemurungan berpanjangan di kalangan wanita.

2.    Memperkenalkan program pendidikan amalan kesihatan wanita seperti aktiviti kesedaran gaya hidup sihat dan lain-lain yang sesuai.

3.    Memperbanyak program kesedaran kesihatan reproduktif  di  kalangan  wanita  pelbagai  peringkat umur agar mereka boleh melindungi diri dan keluarga daripada risiko-risiko yang berbahaya.

4.    Melaksanakan kempen kesedaran awal untuk pemeriksaan pencegahan kanser serviks dan payudara, serta menjalankan program pemeriksaan mammogram dan pap smear di hospital-hospital kerajaan.

5.    Mewujudkan pusat khidmat setempat untuk membolehkan wanita membuat rujukan untuk menyelesaikan permasalahan dan isu-isu wanita di peringkat setempat.

6.    Memastikan perancangan bandar dan desa mengambil kira faktor keselematan bagi kaum wanita dan anak gadis.

7.   Memperkenalkan skim KWSP untuk suri rumah. Caruman akan disumbangkan daripada caruman KWSP para suami yang bekerja pada kadar 2% sebulan yang tidak membebankan.

Sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah, Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi sumbangan caruman sebanyah RM50 sebulan kepada KWSP para suri rumah.

8.   Mewajibkan latihan dijalankan oleh majikan bagi menghapuskan gangguan seksual.

Iltizam 3: Memastikan sistem pendidikan negara mengiktiraf dan membangunkan wanita

1.   Menerapkan falsafah Hormat Wanita dan kefahaman gender dalam silibus pendidikan di semua peringkat.

2.   Memperkenalkan konsep pendidikan sepanjang hayat agar wanita yang menangguhkan kerjaya untuk menjaga keluarga boleh melanjutkan pengajian dan latihan jika mereka mahu kembali bekerja.

3.     Memperkenalkan pendidikan jantina yang komprehensif bermula di sekolah menengah.

4.  Untuk embantu ibu-ibu yang mempunyai anak pra- sekolah,  semua  pusat  pendidikan  pra-sekolah  yang kini diselia oleh pelbagai Jabatan dan Kementerian akan diletakkan di bawah satu bumbung yang dikenali sebagai Pusat Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Development Center).

Subsidi yang berpatutan akan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Iltizam 4: Memastikan sistem perundangan melindungi hak dan kehormatan wanita

1. MenubuhkanJawatankuasaPenambahbaikan Undang-undang Keluarga dengan tujuan meminda undang-undang melibatkan penceraian, nafkah dan hak penjagaan anak, bagi memastikan penyelesaian yang lebih efisien dan lebih adil kepada wanita.

2. Menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur minimum perkahwinan.

3. Menyemak semula semua undang-undang berkaitan kesaksaman gender bagi memastikan setiap wanita menikmati kesamarataan undang-undang.

4.  Memperkenalkan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual untuk menghentikan gangguan seksual di semua peringkat.

Iltizam 5: Mendemokrasikan sistem politik agar wujud lebih ramai pemimpin wanita yang tampil ke hadapan.

1.   Menubuhkan Institut Latihan Politik dan Kepimpinan Wanita Malaysia untuk melatih dan melahirkan pemimpin wanita masa depan.

2. Memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pembuat dasar di setiap peringkat adalah wanita.

3.   Menambahbaik sistem pemilihan parti politik dan pilihan raya agar penglibatan wanita boleh dipertingkat.

4.  Memperkenalkan sistem audit penglibatan wanita di semua peringkat

5. Membudayakan falsafah “wanita muda masa depan negara” sebagai tanggungjawab sosial utama dalam menggerakkan komuniti demi masa depan negara.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.