Usno janji kahwin kali pertama dapat hadiah RM1,000


PRN SABAH | Rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama, akan menerima hadiah perkahwinan sebanyak RM1,000 sekiranya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini.

Jaminan itu terkandung dalam manifesto Usno yang dilancarkan Ketua Umumnya Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kota Kinabalu hari ini.

Antara janji USNO dalam manifesto itu ialah:

  • hadiah kelahiran RM300 bagi setiap anak Sabah
  • pembiayaan perubatan kepada rakyat Sabah sehingga RM10,000
  • bantuan sekurang-kurangnya RM500 sebulan kepada warga emas
  • bantuan khas RM500 kepada orang miskin/yatim/piatu/ibu tunggal
  • wang segera RM500 kepada keluarga terlibat dalam kes perceraian dan hilang punca pendapatan
  • setiap pelajar sekolah rendah dan menengah menerima RM100
  • RM1,000 akan diberikan kepada setiap pelajar yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi
  • khairat kematian RM1,000
  • sumbangan RM500 kepada setiap keluarga kurang berkemampuan menjelang perayaan besar
  • sebuah kenderaan jenazah di setiap daerah
  • bantuan susu segar, pakaian seragam dan kelengkapan sekolah seperti buku, pen, pensil, kasut dan stokin kepada setiap pelajar
  • bil elektrik kurang daripada RM50 dan bil air kurang daripada RM30 dikecualikan bayaran
  • bantuan RM30-RM150 bagi kos pengangkutan awam pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU
  • bantuan RM500 kepada petani, nelayan dan penternak yang terjejas pada musim tengkujuh/banjir, kemarau dan bencana
  • bantuan segera RM5,000-RM10,000 kepada ketua keluarga yang menjadi mangsa kemusnahan rumah akibat bencana alam, kebakaran atau kecelakaan
  • menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu
  • dana tahunan RM10 juta untuk industri kecil di peringkat kampung
  • dana RM100 juta untuk memajukan golongan masyarakat terlibat sektor pertanian, perikanan dan penternakan
  • dana aktiviti belia RM10,000-RM50,000 di setiap kampung
  • dana RM10 juta kepada lepasan institusi pengajian tinggi bagi membayar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • dana RM30 juta untuk membantu belia memulakan perniagaan di pusat sehenti
  • dana tahunan aktiviti wanita RM10,000-RM25,000 di setiap kampung

- Bernama

HARAPAN terkapai-kapai tunai janji 100 hari


ULASAN | Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menyatakan komitmen untuk menunaikan janji dalam tempoh 100 hari selepas mereka berkuasa seperti termeterai dalam manifesto 'Membina Negara, Memenuhi Harapan'.

Janji atau tawaran 100 hari HARAPAN, antaranya menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar, menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta mengurangkan kos sara hidup menerusi pelbagai inisiatif peduli rakyat.

Janji lain termasuk menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum, memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dan menangguh bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam bergaji kurang RM4,000 sebulan.

HARAPAN juga berjanji mahu menghapuskan hutang peneroka FELDA, penghapusan tol, mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat serta menangani isu menimbulkan kontroversi.

Namun, kini setelah hampir dua bulan HARAPAN memegang tampuk pemerintahan negara, tidak banyak komitmen janji manifesto mereka yang ditunaikan.

Hapus GST, isu 1MDB

Selain mengotakan janji penghapusan GST, mereka kini lebih banyak menumpukan usaha membongkar kesalahan didakwa dilakukan kerajaan terdahulu.

Ia termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menukar ketua jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didakwa menjadi penyokong pemerintahan sebelum ini.

Malah, ada antara janji yang telah ditunaikan seperti penghapusan GST, tidak memberikan impak seperti mereka canangkan iaitu mengurangkan kos sara hidup. Ini disebabkan penghapusan GST setakat ini tidak menyaksikan penurunan ketara harga barang dan perkhidmatan.

Sekiranya kerajaan HARAPAN benar-benar ingin membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, mereka sepatutnya segera menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak kerana kedua-duannya adalah kegunaan harian sebahagian besar rakyat negara ini.

Kerajaan HARAPAN memberikan alasan masalah kewangan negara `lebih teruk’ daripada yang dijangkakan untuk menangguh atau belum menunaikan janji manifesto 100 hari mereka.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan kerajaan HARAPAN memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif 'Janji 100 hari' sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Antara inisiatif akan ditangguhkan ialah subsidi petrol bersasar bagi kereta bawah 1300cc dan motosikal bawah 125cc, skim caruman KWSP untuk suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk peminjam bergaji kurang RM4,000 sebulan dan Skim Peduli Sihat.

Sebaliknya, tindakan gopoh-gapah dan drastik kerajaan HARAPAN membongkar kesalahan kerajaan terdahulu dan menguar-uarkan hutang negara mencecah RM1 trilion, telah memberikan impak negatif ke atas ekonomi negara.

Ini terbukti apabila prestasi pasaran saham menjunam ke paras terendah dalam tempoh beberapa tahun apabila indeks FBM KLCI kini berada di sekitar 1,660 mata berbanding selesa di atas paras 1,800 mata sebelum PRU14.

'Kesan parah dana umum'

Prestasi buruk Bursa Malaysia menyebabkan pelabur asing menarik keluar lebih dari RM11 billion dana mereka daripada pasaran saham tempatan manakala kejatuhan jumlah nilai pasaran (Market Capitalization) semua saham disenarai di Bursa Malaysia dianggar sudah melebihi RM200 bilion.

Akibat kejatuhan nilai saham ini tentu telah memberi kesan yang parah kepada dana-dana umum seperti KWSP, Tabung Haji dan ASN/ASB.

Kegusaran komuniti pelabur terhadap suasana pentadbiran semasa negara ini turut menjejaskan prestasi ringgit yang kembali menyusut di atas paras RM4 berbanding dolar. Sebelum PRU14, ringgit diniagakan stabil di bawah RM4 berbanding dolar.

Jika suasana semasa tidak ditangani dengan segera dan berkesan, Umno bimbang ia akan memberi kesan lebih serius ke atas ekonomi negara, sekali gus menambahkan beban rakyat jelata dalam menjalani kehidupan seharian.

Kerajaan semasa seharusnya menghentikan atau sekurang-kurangnya meminimumkan kempen mencari kesalahan pihak lain. Sebaliknya, mereka perlu menumpukan usaha mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap Malaysia.

Unit Komunikasi Strategik Umno

DS Mohd Najib Razak berjanji menaikkan kadar gaji minimum


PRU14 | Pada 1 Mei 2018 melalui Twitter, Dato Sri Mohd Najib Razak berjanji akan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1000 dan RM920 kepada kadar baru yang akan diumumkan sebaik memenangi pilihanraya ke 14.

#HariPekerja2018 #BersamaBN # HebatkanNegaraku

Barisan Nasional berjanji memparkasa Barangan Malaysia


PRU14 | Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi, melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) mengandungi 14 akujanji sebagai tawaran kepada rakyat negara ini, untuk terus memberi mandat kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.


  • Menjihadkan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion melalui Dana Pembangunan Halal.
  • Memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia di mana Bumiputera menjadi penggerak utama industri.
  • Mengintegrasi data usahawan-usahawan Bumiputera yang menerima inisiatif Kerajaan berdasarkan platform Teraju Xchange.
  • Membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum Cina dengan memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).
  • Memperkasa sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada ekonomi negara melalui transformasi digital.
  • Meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 bagi memastikan Bumiputera terus memainkan peranan signi kan dalam pembangunan ekonomi negara.
  • Menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi menggalakkan jenama usahawan-usahawan kecil.
  • Menangani kemiskinan bandar melalui pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar.
  • Memperkenalkan portal Orang-E sebagai sebuah platfom untuk rakyat Malaysia.
  • Meneruskan usaha mengembangkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  • Mempertingkat produktiviti usahawan, pereka baru dan syarikat pemulaan dengan penubuhan pelbagai agensi fasilitasi seperti PlatCOM.
  • Improving the productivity of entrepreneurs, inventors and start-up firms by establishing various facilitation agencies such as PlatCOM.
  • Merealisasi potensi sebenar industri kreatif sebagai sumber baharu pendapatan negara dengan memperluaskan platform dan dana kepada penggiat industri.
  • Mendorong perniagaan berasaskan trak makanan dengan mewujudkan kawasan khas dan program untuk modifikasi kenderaan.
  • Menambah jumlah kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berkonsepkan harga yang rendah.
  • Menyediakan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu pesara-pesara tentera memulakan perniagaan.
  • Melaksanakan Skim Anuiti Veteran bagi membantu anggota tentera bukan dalam skim pencen agar dapat menerima bayaran bulanan apabila bersara kelak.
  • Membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu usahawan-usahawan kecil.
  • Membina 20 buah pasar ikan di seluruh negara.
  • Menaiktaraf 3 buah Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


Barisan Nasional berjanji menyediakan kediaman untuk 1Negaraku



PRU14 | Manifesto bertemakan "Bersama BN Hebatkan Negaraku" itu menyentuh semua aspek kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin tiada siapa yang akan dipinggirkan bagi menghadapi pelbagai cabaran, dengan mengambil kira keperluan semua negeri untuk tempoh lima tahun akan datang. Antara teras manifesto Barisan Nasional ialah menyediakan kediaman untuk 1Negaraku. Antara intipati kediaman untuk 1Negaraku adalah:
  1. Menubuhkan sebuah bank khas bagi menguruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke bawah.
  2. Memberi pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah.
  3. Menyediakan dana khas bagi menggalakkan usahawan-usahawan Sistem Binaan Berindustri (IBS).
  4. Menyediakan insentif bagi menggalakkan bank dan pemaju perumahan untuk menawarkan skim sewa-untuk-beli.
  5. Membantu pembeli-pembeli yang menjadi mangsa kepada pemaju perumahan tidak berlesen.
  6. Mewajibkan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas pembinaan Rumah Mampu Milik.
  7. Menubuhkan tribunal penyelesaian konflik.
  8. Mewujudkan sebuah entiti tunggal untuk menyelaras keseluruhan inisiatif-inisiatif perumahan mampu milik.
  9. Menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya.
  10. Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah yang akan menambahbaik sistem perbankan Islam sedia ada.
  11. Membangunkan kuarters, bangunan dan tanah Kerajaan yang tidak diutilisasikan secara optimum.
  12. Membuka peluang kepada pesara Kerajaan dan anak-anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
  13. Membina lebih banyak rumah komuniti FELDA.

9 teras penting manifesto Gagasan Sejahtera


PRU14 | Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang diketuai PAS hari ini melancarkan sembilan teras penting yang menjadi dasar umum manifestonya bagi tempoh lima tahun pertama pemerintahan jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pelancaran manifesto nasional ‘Malaysia Sejahtera’ itu disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dengan memberi penekanan terhadap sembilan teras penting gagasan berkenaan antaranya:

1. Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak kerajaan negeri;

2. Pembentukan sebuah kerajaan berintegriti, beramanah dan bebas daripada rasuah;

3. Penambahan pendapatan boleh guna serta penjanaan peluang baharu untuk rakyat;

4. Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup;

5. Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar;

6. Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus selaras dengan kehendak syariah;

7. Pemerkasaan suara rakyat selaras tuntutan syura dan amalan demokrasi;

8. Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan memerlukan; dan

9. Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang.

20 tawaran utama PAS untuk PRU14


PRU14 | Gagasan Sejahtera hari ini secara rasmi mengumumkan manifesto dengan 20 tawaran utama kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Manifesto Malaysia Sejahtera itu diumumkan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengerusi Penggubal Manifesto Gagasan Sejahtera, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebentar tadi.

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Gagasan Sejahtera, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Syarahan Perdana dan Pelancaran Manifesto PAS PRU14′, di sini.

20 tawaran berkenaan ialah:

1. Menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan menggantikan dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia;

2. Melupuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada untuk meringankan beban anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma;

3. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It’aam Kebangsaan;

4. Menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah;

5. Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk membantu meringankan bebanan ibu bapa;

6. Memberikan bantuan pembelian kereta pertama di bawah 1300 kuasa kuda (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan);

7. Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM50,000 kepada RM180,000;

8. Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program untuk memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar;

9. Menstruktur semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun;

10. Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus yang berkonsepkan ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI);

11. Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan;

12. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara;

13. Mengembalikan sistem kuota di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, serta masyarakat bandar dan luar bandar;

14. Mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

15. Membantu kerajaan-kerajaan negeri membukan rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda;

16. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda;

17. Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri;

18. Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan;

19. Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah;

20. Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Powered by Blogger.