- Menubuhkan sebuah bank khas bagi menguruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke bawah.
- Memberi pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah.
- Menyediakan dana khas bagi menggalakkan usahawan-usahawan Sistem Binaan Berindustri (IBS).
- Menyediakan insentif bagi menggalakkan bank dan pemaju perumahan untuk menawarkan skim sewa-untuk-beli.
- Membantu pembeli-pembeli yang menjadi mangsa kepada pemaju perumahan tidak berlesen.
- Mewajibkan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas pembinaan Rumah Mampu Milik.
- Menubuhkan tribunal penyelesaian konflik.
- Mewujudkan sebuah entiti tunggal untuk menyelaras keseluruhan inisiatif-inisiatif perumahan mampu milik.
- Menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya.
- Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah yang akan menambahbaik sistem perbankan Islam sedia ada.
- Membangunkan kuarters, bangunan dan tanah Kerajaan yang tidak diutilisasikan secara optimum.
- Membuka peluang kepada pesara Kerajaan dan anak-anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
- Membina lebih banyak rumah komuniti FELDA.
Barisan Nasional berjanji menyediakan kediaman untuk 1Negaraku
Powered by Blogger.


0 comments:
Post a Comment