Pakatan Harapan berjanji menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa

Leave a Comment

UMNO dan Barisan Nasional telah gagal dalam usaha menambah bilangan rumah mampu milik. Janji untuk membina 1 juta rumah mampu milik sebelum tahun 2020 telah dilupakan dan tidak sampai separuh bilangan tersebut dapat dibina.

Hari ini, betapa ramai rakyat Malaysia, terutama golongan muda, yang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Hasil daripada kegagalan UMNO dan Barisan Nasional menguruskan perancangan perumahan negara, kini terdapat lebihan bekalan rumah mahal berharga lebih daripada RM500,000, manakala rumah yang  di  bawah  RM250,000  pula  tidak  mencukupi. Kami akan memperbetulkan kelemahan ini dengan segera dan memberi keutamaan kepada projek-projek membina rumah mampu milik.

Kerajaan Pakatan Harapan akan memperluaskan skim sewa milik (rent-to-own) di seluruh negara. Kami akan mencari kata sepakat dengan bank-bank komersial agar boleh diwujudkan skim sewa milik dengan pemaju swasta dan juga di pasaran sekunder (secondary market). Di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, mereka yang sekarang sedang menyewa akan diberi peluang untuk berhijrah ke skim sewa milik sekiranya mereka layak.

Salah   satu   penyumbang   utama   kepada   kenaikan harga   rumah   yang   terlalu   tinggi   ialah   kesukaran untuk mendapatkan tanah kerana ada beberapa pemaju   gergasi,   termasuklah   syarikat-syarikat   GLC, yang memonopoli tanah untuk membina “landbank”, dan seterusnya menunggu harga naik tinggi sebelum mula membina. Akibatnya, harga tanah naik dengan mendadak dan seterusnya meningkatkan harga rumah. Para pemaju kecil juga tidak dapat memasuki pasaran yang dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar ini.

Kerajaan Pakatan Harapan akan menetapkan satu had masa untuk projek perumahan disiapkan agar tiada syarikat yang menyimpan tanah perumahan tanpa diusahakan.

Insentif juga akan diberikan kepada pemaju kecil dan sederhana Bumiputera dan bukan Bumiputera agar mereka boleh bersaing dengan lebih sihat dengan syarikat pemaju gergasi.

Kerajaan PH juga akan merombak rancangan PR1MA agar tidak wujud lagi eksploitasi oleh syarikat-syarikat pemaju kroni yang mendapatkan tanah kerajaan dengan harga murah, tetapi meraih keuntungan tinggi dengan membina hanya sedikit rumah mampu milik.

Untuk mempertingkat pemilikan rumah di kalangan Bumiputera, Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan dan mempermudahkan proses pembinaan rumah mampu milik di atas tanah-tanah waqaf, dengan cara memberi insentif kepada Majlis- Majlis Agama Islam Negeri-negeri bekerjasama dengan pemaju swasta. Ini akan menambah bilangan rumah mampu milik yang menyasarkan masyarakat Muslim.

Kerajaan Pakatan Harapan juga akan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mempermudah proses penukaran status tanah sekiranya pemaju mencadangkan   pembinaan   rumah   mampu   milik. Kuota rumah mampu milik akan dinaikkan supaya lebih banyak unit yang termasuk dalam kategori ini. Insentif cukai   akan   diberikan   kepada   syarikat   perumahan yang memfokus kepada perumahan mampu milik, terutamanya dengan menggalakkan penggunaan teknologi terkini seperti Industrialised Building System (IBS) agar kos dapat dikurangkan.

Bagi memastikan tumpuan yang lebih tinggi boleh diberikan, satu Majlis Perumahan Mampu Milik Kebangsaan   akan   diwujudkan   untuk   menyatukan gerak kerja semua agensi yang berkaitan di bawah satu bumbung, dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Majlis ini, antara lain, akan mengambil langkah-langkah berikut:

•     membina satu juta rumah mampu milik dalam
masa dua penggal pentadbiran kami.

•    menyelenggara satu pengkalan data terbuka rumah mampu milik yang belum terjual, untuk mengelak penyembunyian maklumat oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.

•  menyelenggara  program sewabeli rumah mampu milik untuk golongan M40 dan B40, serta program khas “rumah mampu sewa” untuk mereka yang layak, terutamanya daripada golongan anak muda.

• menyelaras perancangan dengan institusi perbankan agar akses kepada pinjaman perumahan untuk pembelian rumah pertama boleh diperluaskan.

•     mengambil  alih  penyelenggaraan  perumahan kos rendah demi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh penduduk.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.