Selaras dengan itu, Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil langkah-langkah khusus berikut sebagai pengiktirafan kepada sumbangan warga emas yang tidak ternilai.
1. Memberikan potongan cukai pendapatan untuk semua warga emas yang sedang bekerja, termasuk mereka yang membuat keputusan untuk kembali bekerja selepas persaraan.
2. Memperkenalkan undang-undang anti diskriminasi umur supaya mana-mana majikan yang mendiskriminasi warga emas semata-mata kerana umur mereka akan dihukum dengan setimpal.
3. Memberi subsidi dan insentif untuk menggalakkan pembinaan kawasan kediaman persaraan (retirement villages) yang boleh menjamin kualiti hidup yang baik untuk warga emas.
4. Menambah peruntukan kepada hospital-hospital awam untuk penjagaan kesihatan warga emas.
5. Menyusun semula dasar kerajaan agar dapat ditingkatkan sektor ekonomi penjagaan (caring economy), termasuklah dengan cara mewujudkan pensijilan di IPTA dan IPTS khusus untuk jagaan dan keperluan kesihatan warga emas.
6. Menambah bilangan Pusat Aktiviti Warga Emas.
7. Memberi penghargaan RM150 kepada setiap warga emas (60 tahun ke atas) seperti yang diamalkan di negeri Pulau Pinang sekarang


0 comments:
Post a Comment